Sabtu, 17 Disember 2011

DEMAM,SELSEMA,BATUK

Hari ini dah 4 hari kena demam selsema dan batuk.Petang semalam aku batuk tak berhenti henti dgn muntah muntah,bila nk kluar je dari bilik air tiba tiba rasa dunia berpusing pusing,semua nya jadi biru aku apa lagi menjerit minta tolong.Dalam keadaan yg separuh nak pengsan kena pula turun tangga almaklum lah duduk appt,klinik kat bawah je nasib baik ada hubby tolong bawak.
Sampai klinik je dapat jumpa doktor dia kata badan dah kekurangan air tu sebab tu nak pengsan lagi pun batuk tk berhenti henti,entah apa lagi yang doktor cakap, yang aku tahu dia cucuk 2 jarum ngan dapat ubat batuk,ubat kahak,ubat pening/muntah dan rehydration salt. Malam ni badan dah semakin sihat walau pun demam,selsema dan batuk ada lagi, harap harap esok lusa dah baik.

Rabu, 14 Disember 2011

JALAN MEREKAH

Jalan merekah dan terbenam menghala kg.Padang berdekatan Petronas,Kuantan,Pahang.

 
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips