Isnin, 7 Mei 2012

Layani Anak Dengan Cara Terhormat

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak remaja, saya merasa amat sedih apabila mendengar berita remaja yang ditimpa masaalah mengambil keputusan membunuh diri. Saya amat berharap satu kajian yang mendalam diadakan. kenapakah perkara ini terjadi?
Apabila mengendalikan anak anak yang menunjuk kan tanda tanda tekanan atau ketegangan kita sebagai ibu bapa boleh lakukan perkara yang berikut:
Memupuk keyakinan pada diri mereka. Sekira nya anak anak tidak pandai dalam pelajaran ,katakan pada mereka banyak lagi peluang diluar sana untuk diterokai. Sebagai ibu bapa janganlah kita mengelirukan pemikiran mereka. Elakkan membuat janji janji manis sedangkan kita tahu kita tidak dapat menunaikannya dan ini akan membuatkan mereka tidak percaya kepada anda jangan membuat anak merasa kecil. Usah malukankan dan memperbetulkan sikap anak dihadapan orang lain, berbincang secara peribadi. Jangan sesekali kita berbincang dengan anak dalam keadaan yang tegang. Elakkan leteran pada anak anak. Ajar anak anak menghormati orang lain. Apabila anak bertanya tumpukan perhatian sepenuh nya dengan mendengar apa yang mereka katakan.
Dengan cara ini kita dapat memupuk perhubungan yang baik serta membimbing tanpa menggunakan kekerasan pada anak, didiklah dengan kasih sayang dan sematkan lah sikap bertanggung jawab supaya mereka tidak tersasar.

Ahad, 5 Februari 2012

MAULIDUL RASUL DI KARAOKE

Petang semalam kawan saya datang ke rumah,katanya jom kita pergi ke majlis Maulidul Rasul! majlis ini di ada kan di bangunan Centre Point Kuantan. Sesampai saya disana saya menjadi keliru dan tertanya tanya dalam hati kenapa kah majlis yang mulia ini diadakan disini? Majlis di mulakan dengan doa,yasin dan........................ Selepas itu semua tetamu di jemput minum dan makan sambil
ber KARAOKE
Sebelum balik saya mengucapkan terima kasih pada tuan punya majlis . ketika saya menulis cerita ini seribu persoalan yang bermain di fikiran saya,apa yang saya boleh kata kan walau pun niat tuan punya majlis ini baik tetapi di situ bukan lah tempat yang sesuai untuk majlis maulidur rasul.

Selasa, 31 Januari 2012

Kegilaan Remaja Ber-Facebook

Kegilaan Remaja Ber-Facebook

Adakah di antara kita pernah merasai era zaman 90-an? Kehidupan remaja pada ketika itu hanyalah terisi dengan aktiviti-aktiviti luaran. Apa yang mereka tahu pada ketika itu adalah hidup bersosial bersama rakan-rakan. Jika loceng tamat waktu persekolahan berbunyi , remaja ini akan berlumba pulang untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain bola sepak, berbasikal, dan lain-lain lagi.

Tetapi aktiviti luaran seperti ini seolah-olah terhakis dek kerana lahirnya beberapa buah laman sosial di internet. Laman sosial popular pada ketika itu adalah Friendster dan Myspace. Dan pada masa kini, laman sosial yang telah dimonopoli hampir semua golongan adalah Facebook.

Facebook merupakan laman web paling popular berbanding Friendster dan Myspace. Sehingga tahun Julai 2007, laman sosial ini telah memiliki sejumlah 34 juta pengguna berdaftar iaitu jumlah paling besar antara laman web sosial yang lain dan mencecah 80 juta pengguna berdaftar menjelang Januari 2009. Angka itu bagaimanapun telah mencecah sehingga ratusan juta mengikut statistik bagi Januari 2012.

Ada Apa Dengan Facebook?

Kita fokuskan pada usia remaja. Golongan ini telah menjadi aktiviti ber-facebook sebagai satu aktiviti wajib. Kegilaan mereka telah menyebabkan timbulnya perkara-perkara negatif. Namun, wujudnya pro dan kontra di antara kedua-keduanya. Kita lihat apakah kesan jika aktiviti sosial ini tidak dikawal.

Pertama, terhakisnya penggunaan Bahasa Melayu Tinggi. Penggunaan singkatan bahasa yang digunakan telah menyebabkan ramai yang terkeliru dengan ejaan sebenar sesuatu perkataan.

Keduanya, remaja kini lebih gemar mengurungkan diri di dalam bilik semata-mata mahu melayari Facebook. Aktiviti mereka lebih terdedah kepada dunia luar, iaitu berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa ada sebarang halangan.

Tetapi Kenapa Facebook?

Ramai orang tertanya-tanya, mengapa remaja kini menjadikan Facebook sebagai satu alternatif dalam berkomunikasi. Jawapannya adalah tertakluk kepada si pengguna. Jika kita lihat paparan antara muka Facebook tampak ringkas, berbanding laman sosial yang lain seperti Friendster, MySpace dan Tagged yang menggunakan layout mengikut pilihan sendiri.

Menariknya Facebook!

Remaja gemarkan sesuatu perkara yang baru, jadi antara kegilaan mereka adalah suka bermainan permainan aplikasi yang disediakan oleh pihak Facebook. Antaranya seperti Farm Gardens of Time, (Playdom), The Sims Social (EA), CityVille banyak lagi.

Selain itu, golongan ini juga gemar memuat naik gambar untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Maka ramai yang menghantar komen terhadap gambar tersebut. Maka berlakulah komunikasi di antara mereka. Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika golongan remaja sanggup menghabiskan masa berjam-jam hanya semata-mata menghadap laman Facebook.


Kesimpulan

Laman Facebook sememangnya amat berguna untuk merapatkan hubungan silaturrahum dengan sesiapa sahaja. Namun sebagai seorang pengguna khususnya remaja perlu bijak dalam menggunakan kemudahan ini. Mudah sahaja, kurangkan aktiviti seumpama ini yang menyebabkan masa kita terbuang begitu sahaja. Kita perlu mengisi masa terluang kita dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulangkaji pelajaran dan lain lagi.

Ketagihan dan kegilaan yang dialami oleh remaja perlulah dibendung oleh ibubapa terutamanya dalam memainkan peranan bagi menangani masalah ini. Ingat, jika ia dibiarkan, aset negara ini bakal lesu dek kerana suka menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Gunakanlah Facebook dengan sebaik-baiknya. Remaja, anda mampu mengubahnya!

 
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips