Rabu, 30 April 2014

Carboot sale Ampang Waterfront 3

Jom jom mari kita niaga!! keluarkan barang antik tak antik dalam store daripada biar berhabuk baik kita jual. Kalau peram pun tak guna tak kan jadi emas.

Tak payah ada kedai tu guna modal besar hanya rm10 jual barang terpakai. Kalau nak campur barang baru hanya 30% sahaja bayar rm15.

Kalau dah minat call:
017 693 1023- jamal
017 626 4508-ina
010 396 0106- shah
-tempat parking Ampang Water front2
Setiap sabtu pukul 3 petang hingga 7 malam

Survey on deodorant

Survey on deodorant (dashing brand)
8 may 201418.
25 years- 3pm26-35 years-7pm
Malay male only.
Menara Multi Purpose, jalan Munshi Abdullah Kuala lumpur.
Akan mendapat bayaran rm150.
Whassap: 011 3308 9757

Isnin, 21 April 2014

Survey lampin pakai buang

Survey lampin pakai buang

Mencari ibu berbangsa melayu dan china beserta dengan bayi berumur 32 bulan.
Berat badan bayi dibawah 9- 14 kg.
Bertempat diCitytel Mid Valley.
Pada 8.5.2014 bagi bayi yang bersaiz L.
Pada 9.5.2014 bagi bayi yang bersaiz XL.
Mesti membawa bayi bersama.
Sila hubungi atau sms-
Ms.Low    013 340 8678

Khamis, 17 April 2014

Survey Gel Mandian

Memerlukan ibu berbangsa Melayu berumur 20-39 tahun dengan anak berumur 1-3 tahun.
Wang sagu hati akan diberi sebanyak rm 180.

Kumpulan 1
18/4/2014 hari jumaat 10.30-1 pm

kumpulan 2
18/4/2014 hari jumaat 2-4 pm

kumpulan 3
19/4/2014 hari sabtu 1.30-4 pm

Sesiapa yang berminat sila hubungi atau sms ms Low untuk keterangan lanjut.

sila sertakan :-
Nama
I/c No.
Umur
No.telepon
Pekerjaan
umur anak
Jenama mandian
Jenama shampoo
Jenama losyen
Jenama bedak.

Selasa, 15 April 2014

car boot sale

Hari sabtu lepas aku pergi pasar malam Setapak Jaya, tempat ni betul betul dekat tasik. Hajat hati nak buka boot jual barang barang. Jadi aku pun cari parking lepas tu keluarkan rak dan susun barang. Habis je susun barang hujan pun turun dengan lebat nya. Adui frust giler tapi tak apa lain kali aje dah takde rezeki nak buat macam mana.

Bagi sesiapa yang teringin nak meniaga disini, ni aku nak bagitau baca betul betul biar faham.                                                                            Mula mula siapkan duit rm 15 untuk satu lot bagi yg bawak kereta ke van atau yang lain. Bawak la barang nak niaga tak kisah la barang basah atau barang kering, sini semua boleh jadi janji jangan jual orang.
waktu perniagaan pukul 6 petang hingga 10 malam.
sila datang awal untuk memudahkan kerja kita maksud nya cari parking dan susun barang.
Bawak la rak ke meja ke tapi jangan lebih satu lot nanti kena bayar lebih.
Bila dah parking kereta terus aja susun barang tak payah nak termangu mangu nak bertanya orang.
Mula la berniaga, pukul 8 nanti ada la orang datang kutip duit.
Lagi satu korang jangan heran pasar malam ni bercampur dengan orang yang jual buka boot kereta.
Itu je la cerita aku hari ni tapi kan yang aku peliknya ramai pulak orang buka boot ni jual barang baru. Nak buat macam mana hati dah teringin nak beniaga kedai takde, kereta je yang dia orang ada. Selain dari sini diTasik Titiwangsa hari sabtu dan ahad, diShah Alam pun ada juga.
Yang ini diLembah Keramat call Nur Humaira Ahmad...sms@watapp details 0133698891.
Kalau yang ini diBangi, gombak, bandar sri putra,bukit mahkota call Zack 019 375 6349 atau korang register di
www.goodscycle.org

itu saja cerita harini, kalau teringin nak jadi booters buat la apa yang patut. Ok bye!!!"""

Isnin, 14 April 2014

Survey

  Bagi yang berminat sila hubungi Ms Low :-  
                                                                                                                                                           

Cooking condiment IHV           
                                     
 
Looking for Malay mom age 30-49,
-with kids age 9-17
-staying in Subang
-prefer working
-Apartment or landed
-must prepare the dish during the visit

Venue : at ur home
Date : 18/4 (Fri),10.30am
Token : 180
Duration : 1.5-2hours

For those r interested pls SMS the full details n call Ms Low @ 0133408678 for further details.tq

Cooking condiment survey
Full name :
IC No :
Contact No :
Brand of stock using:
Mthly Hse hold income:
Address:

Ahad, 13 April 2014

Survey

Kaji selidik minuman
Mesti pengguna teh hijau atau teh hitam
berumur 20 hingga 35
Perempuan atau lelaki
Bangsa melayu atau china
Pukul 3 pm -7 pm
Menara multi purpose, capital square, Kuala Lumpur
Sila hubungi 03 78765940

Survey

Bagi yang berminat untuk menyertai kaji selidik rokok dijemput hadir.
  16.42014- pukul 4.30 atau 5.30-7.30 pm                                                           
17.4.2014 pada pukul 10.30 am-2.30 pm atau 5.30 pm-7.30 pm.                                               
Umur 26-30
Gaji rm150 .     
 - TNS berdekatan Sogo.                                                                                  

Sesiapa yang pernah menyertai kaji selidik rokok pada 2013 tidak lagi boleh menyertai.
Sila hubungi mr. Choon Lee
nombor telefon: 017 650 0089

Sabtu, 12 April 2014

jom beli tudung

Minat berniaga timbul kembali apabila melihat tudung tudung yang dijual dipasaran begitu mahal.
Chiffon full moon, pashmina dan lain lain harganya bermula dari rm15 murah kan. Nak beli sehelai boleh nak beli borong pun boleh jadi kita layan dulu gambar gambar nanti saya akan masukkan gambar tudung serta jenis kain dan ukuran nya.
jumpa lagi.

Ahad, 6 April 2014

Makan lagi

Bulat air kerana pembentung bulat manusia  kerana makan hihihi jangan tiru peribahasa aku. Semalam punya cerita lunch didapur penyet, makan nasi lepas tu pergi Ampang point jalan punya jalan singgah kedai baby nak beli barang takde pulak yang berkenan.
                                                                                  Singgah pula beli legging ditingkat satu lepas tu pusing lagi, bila lalu je nampak Paddington house of pancake, wah!!  dah ada rupanya disini.
Dengan penuh nafsu walau pun perut kenyang, aku tak peduli aku mesti makan jadi aku pun duduk dengan angah serta budak budak ni. Aku pun pesan tak la banyak konon konon kongsi makan. Bila makanan dah sampai aku pun makan dengan penuh semangat sampai terlupa badan aku dah kategori xl. Sedar sedar je dah habis tapi kan memang sedap la tak rugi duit. Kalau bagi yang suka pancake atau yang saja nak bagi tambah lemak  badan boleh la datang sini. Dah habis apa lagi bangun la sebelum balik aku singgah beli blouse dan mainan pastu terus balik rumah.

Khamis, 3 April 2014

Jalan Jalan keMelaka

Perjalanan dari Kl keMelaka hampir lima jam disebabkan jalan sesak, kalau tak disebabkan nak jumpa joi tak ingin aku merempuh kesesakan, bagai nak tercabut pinggang ni. Pukul 9.30 malam kami pun sampai. Joi dan isterinya su mengajak kami makan dimedan selera datang selalu. Macam biasa kami pun pesan nasi lemak dan minum air, joi pesan pula lempeng kelapa, rasanya pehhh sedap, 4 **** aku bagi, lempeng ni dalamnya ada isi kelapa dihidangkan dengan sambal tumis, kelapa parut dan gula. Aku suka makan dengan sambal, tak pernah lagi aku jumpa orang jual lempeng malam malam hari. Malam tu kami tido diWana riverside hotel. Esok tengah hari tu joi datang bawa kami kerumahnya.Kami makan nasi berlaukkan sambal sotong, sup sayur dan telor dadar.Terima kasih joi dan su sebab ajak makan. Lepas makan teringin pulak tekak nak minum coconut shake yg famous tu. Pergi je kesana ya allah punya la ramai manusia beratur terus tak jadi  kami pun pergi ke pantai Klebang, rehatkan diri, basahkan tekak tengok layang layang terbang.kami singgah tengok musuem kapal selam, seronok juga dapat naik kapal selam atas darat, dapat juga la belajar benda baru. Tiket dewasa rm1 bagi kanak kanak 50 sen sahaja.Dah tengok kapal selam kami jalan jalan tengah bandar macam macam ada, duit je takde. Dah sampai masa nak balik kami pun bersalam salaman dengan joi dan su.ok bye!!!!!!!!!

baju rm10


Baju rm10 dan keatas.
Ini lah baju dan palazo  murah yang aku beli dimasjid india dengan harga rm10.Kalau beli dimall harga nya rm20-30. Aku teruskan pencarian ku singgah pula dikedai Muaz. Wow disini banyak pilihan, macam macam design ada tapi harga disini bagi baju dari rm15 dan keatas. Seluar ada, tudung pun ada tapi takde saiz la pula baju yang aku nak.

Sampai dirumah aku buka facebook ada blouse yang aku suka diblouse dua puluh jer warna nya merah harga nya rm20 je.
Aku pun apa lagi terus la order.
Difacebook ada lagi kedai yang aku suka namanya L&Y fashion collection baju dan seluar nya cantik cantik dan yang paling penting harganya murah.kita boleh beli sehelai atau pun borong.

opps sorry lupa pula nama kedai baju rm10 tapi kalau korang nak beli pusing je la keliling masjid india tu mesti korang jumpa dan satu lagi korang google nama tempat aku sebut diatas tu kalau nak beli baju. Ok bye!!

 
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips