Selasa, 31 Mei 2011

DI MAKI HAMUN PEKERJA POS LAJU

DI MAKI HAMUN 31 mei 2011 pukul 4.04 ptg terima call dari no.06-5531013 bertanya ada kah saya encik... apablla saya menjawab ya dan knp?tiba tiba saya di lemparkan maki hamun dan kata nista kerana kesilapan isteri yg ingin membuat kejutan dgn menghantar sambal ikan bilis kegemaran saya melalui POS LAJU. Apa yg saya kesal kan sikap tidak bertamadun pekerja POSLAJU ini, di manakah letak nya adab sopan dan tata tertib bila berhubung dengan orang ramai????

Khamis, 26 Mei 2011

KUANTAN

Sudah tiga hari berlaku gangguan bekalan air di KUANTAN. Cuaca yang panas memburukkan lagi keadaan,yang tak pernah ke masjid berpusu pusu ke sana kerana nak tumpang mandi. Bila call JBA pegawai tiada,entah kami pun tak tahu dan sila hubungi kembali itu lah jawapan yang di beri.. Bila kah keadaan ini akan berterusan? Tolong lah JBA!!!!

Ahad, 22 Mei 2011

Jalan di tutup

bodo...malam turap jalan tp bengap .....ade ke patut gie tutup jalan utama antara bukit setongkol n cederawasih.........ape ke hal nya,,,,...nyusah kan je....nak pi 7eleven kat tunas manja kat rmh pun mileage jd dekat 10 km........

Isnin, 2 Mei 2011

merisik

Setelah tak tidor satu malam pada hari ni ahad 1.5.2011 maka berlansung majlis merisik mia anak sedara aku,pihak lelaki dtg membawa sirih pinang dan sebentuk cincin.kami telah melantik tahar sebagai wakil kami. Setelah perbincangan dibuat pada 25.9.2011 majlis pertunangan akan di adakan.hantaran nya rm8000 aje jadi bila dah selesai semua kami pun makan ,menu nya Nasi tomato,ayam msk merah,dalca,meehoon goreng,bubur pulut hitam,buah serta air sirap dan teh-o

Sabtu, 30 April 2011

Chicken ahmor

Nak kongsi resepi dari Cambodia dlm bm ayam kukus bersalut santan. 1) 1ekor ayam atau pun dada ayam. 2)10 ulas bwg merah. 3) 2-3 ulas bwg putih 4)3-4 btg serai. 5)5-10 tangkai cili api. 6)lengkuas sebesar ibu jari. 7)sedikit halia. 8)150 gm kacang (di goring tanpa minyak atau di bakar). 9)1 mangkuk sedang pati santan. 10)1-2 sudu jus limau nipis. (Cara membuat nya:-). tumbuk bawang,cili,lengkuas, halia,serai sehingga lumat dan campurkan kacang,tumbuk lagi lalu masukkan pati santan gaul. Isi garam,sedikit gula serta jus limau. Ayam di cuci luar dan dalam dan tos kan se hingga kering air. Panas kan kukusan. Sumbatkan 1/2 campuran patisantan kedalam ayam jahit atau semat kan dgn lidi supaya campuran santan tak terkeluar dari ayam.ambil 1/2 lg campuran pati santan gaulkan pada ayam serta tuang lebihan santan pada ayam. Kukus ayam 2 jam. Jika menggunakan dada ayam kukus 1/2 jam. Apabila telah masak ayam kelihatan terapung dlm air. Jika suka ambil bayam hijau celurkan,toskan letakkan atas pinggan letakkan serta tuang kan kuah nya,hias ikut cita rasa. Sila cuba dan komen Chicken ahmok yang menjadi kegemaran saya

Rabu, 27 April 2011

Sms sambil memandu

Sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang amat payah di ubah

Khamis, 24 Mac 2011

ICE CREAM CON EARING

2 flat pins, 2 flower caps, 2 ice cream con caps, 2 blue doughnut swarovsky crystals, 2 ear wires, INSTRUCTION:- 1) start by inserting the flower cap onto the flat pins. 2) next the ice cream con cap and the blue crystal. 3) make a loop. 4) attach a wire ear.

 
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips