Khamis, 3 April 2014

Jalan Jalan keMelaka

Perjalanan dari Kl keMelaka hampir lima jam disebabkan jalan sesak, kalau tak disebabkan nak jumpa joi tak ingin aku merempuh kesesakan, bagai nak tercabut pinggang ni. Pukul 9.30 malam kami pun sampai. Joi dan isterinya su mengajak kami makan dimedan selera datang selalu. Macam biasa kami pun pesan nasi lemak dan minum air, joi pesan pula lempeng kelapa, rasanya pehhh sedap, 4 **** aku bagi, lempeng ni dalamnya ada isi kelapa dihidangkan dengan sambal tumis, kelapa parut dan gula. Aku suka makan dengan sambal, tak pernah lagi aku jumpa orang jual lempeng malam malam hari. Malam tu kami tido diWana riverside hotel. Esok tengah hari tu joi datang bawa kami kerumahnya.Kami makan nasi berlaukkan sambal sotong, sup sayur dan telor dadar.Terima kasih joi dan su sebab ajak makan. Lepas makan teringin pulak tekak nak minum coconut shake yg famous tu. Pergi je kesana ya allah punya la ramai manusia beratur terus tak jadi  kami pun pergi ke pantai Klebang, rehatkan diri, basahkan tekak tengok layang layang terbang.kami singgah tengok musuem kapal selam, seronok juga dapat naik kapal selam atas darat, dapat juga la belajar benda baru. Tiket dewasa rm1 bagi kanak kanak 50 sen sahaja.Dah tengok kapal selam kami jalan jalan tengah bandar macam macam ada, duit je takde. Dah sampai masa nak balik kami pun bersalam salaman dengan joi dan su.ok bye!!!!!!!!!

baju rm10


Baju rm10 dan keatas.
Ini lah baju dan palazo  murah yang aku beli dimasjid india dengan harga rm10.Kalau beli dimall harga nya rm20-30. Aku teruskan pencarian ku singgah pula dikedai Muaz. Wow disini banyak pilihan, macam macam design ada tapi harga disini bagi baju dari rm15 dan keatas. Seluar ada, tudung pun ada tapi takde saiz la pula baju yang aku nak.

Sampai dirumah aku buka facebook ada blouse yang aku suka diblouse dua puluh jer warna nya merah harga nya rm20 je.
Aku pun apa lagi terus la order.
Difacebook ada lagi kedai yang aku suka namanya L&Y fashion collection baju dan seluar nya cantik cantik dan yang paling penting harganya murah.kita boleh beli sehelai atau pun borong.

opps sorry lupa pula nama kedai baju rm10 tapi kalau korang nak beli pusing je la keliling masjid india tu mesti korang jumpa dan satu lagi korang google nama tempat aku sebut diatas tu kalau nak beli baju. Ok bye!!

Sabtu, 29 Mac 2014

Nikah

14.3.2014
Ketika mia nak nikah hari tu kami menyewa home stay diTiara condo yang terletak bersebelahan Ampang sport planet. Satu hari baru rm250. Cantik dan selesa rumahnya.

Majlis akad nikah diadakan pada 15.3.2014 pada pukul 2 petang dimasjid yang berhampiran Sri nilam. Hanya 100 orang tetamu sahaja dijemput hadir. Setiap tetamu dihadiahkan sehelai shawl sebagai buah tangan. Selesai akad nikah semua tetamu dijemput makan. Kepada yang mengenali  mia satu majlis makan akan diadakan pada bulan jun sila tunggu kad jemputan dari kami.

Kepada mia dan syazual kami ucapkan selamat pengantin baru.

Khamis, 27 Mac 2014

Jalan Jalan

Hari ini kami orang dah sepakat nak kesg.ular makan nasi dagang dirumah mak ayu maka pada pukul 12 tgh hari bertolak la kami kesana.

sampai kerumah mak ayu makanan dah terhidang, apa lagi kami pun makan la sambil bercerita. Bila perut dah kenyang kami pun beredar. Dari situ kami singgah dikebun tembikai. kami beli enam biji tembikai sambil dijamu buah percuma, tak puas makan rasanya amat manis dan sedap. Harganya rm20 sahaja mana nak dapat diKl harga ni dah la buahnya besar.

Dari kebun kami terus keCherating hmm dah tak cantik pantai nya tak macam dulu. Bila tekak dahaga kami singgah minum teh tarik dam makan ikan salut tepung, keropok dan macam macam lagi.

Jam dah pukul enam petang kami pun bergerak balik dan singgah pula keTelok Cempedak, jalan jalan cuci mata tengok baju baju harganya boleh tahan. Berapa lah sewa tempat ni, seronok tengok orang berniaga tapi modal kurang, berangan je la.

Masa untuk makan dah tiba kedai yang dituju hutan bandar bistro. Ada yang makan chicken chop ada yang makan fish and chip, kedai ni ala ala fast food nak beli makan kena beratur tu yang buat kita menyampah. Makan disini murah satu set baru rm 6.80 termasuk air tapi kami pesan air buah tak suka la air coke. Harga nya bagi 9 orang makan baru rm78 murah giler.

Hari pun dah malam badan pun letih kami pun balik. Itu sahaja perkongsian cerita hari ini. Assalamualaikum.

Selasa, 25 Mac 2014

Balik kampong

Cuti sekolah kali ini kami balik kampong diKuantan. Hajat dihati nak pergi Gambang Resort tetapi tak kesampaian jadi melepak je la dirumah.
          
Tengah hari perut dah mula lapar jadi kami lunch dinasi kukus mama. Lokasinya berhampiran hotel Sri manja Indera Mahkota. Tempatnya senang je nak cari nampak balai bomba masuk simpang sebelahnya nanti nampak la jalan kesana atau pun korang google hihihi.

Lepas makan kami pergi ecm jalan jalan, dengar kata daiso dah buka cawangan disini tapi tak sempat la nak singgah......
itu la aktiviti kami hari ni so bye bye!!!!!

Jumaat, 7 Jun 2013

Kertas kerja Perniagaan Cybercafe

ini adalah cara cara membuat kertas kerja atau proposal cybercafe yang saya nk beli hari tu ...so kalau sesiapa nak guna pandai pandailah ubah berdasarkan situasi anda.














TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan Kelulusan pinjaman dari pihak tuan.Modal yang diperlukan untuk memulakan peniagaan ini adalah sebanyak   RM110,000.


PENGENALAN
Cyber café yang terletaknya di sekitar kawasan Kota Damansara dan ia berhampiran dengan institusi pelajaran dan juga kolej amat strategik dan berpeluang memberi pendapatan yang lumayan .Syarikat ini telah pun mempunyai  beberapa orang pekerja yang menjaga cyber cafe.Syarikat kami ingin mengambil alih cyber café tersebut  yang sudah beroperasi selama  dua tahun dan menambah peralatan komputer yang baru seperti monitor, cpu dan serta perabot .Antara peralatan yang ingin diperbaharui ialah monitor digantikan dengan skrin LCD 19 inci dan cpu yang berjenama ‘Intel Core 2 Duo’.


OBJEKTIF SYARIKAT
Syarikat cyber ini ditubuhkan adalah untuk mendidik individu-individu setempat mahir menggunakan komputer dan IT .Selain itu, ia memudahkan pelajar.yang berhampiran membuat kerja mereka dengan menggunakan komputer.Jesteru dengan penggunaan IT masyarakat setempat dapat meluaskan pemikiran tentang dunia IT. Antara kebaikan wujudnya cyber digital adalah untuk mewujudkan persaingan antara semua cyber cafe yang terdapat di kuala Lumpur .Dengan ini Perniagaan akan maju dengan adanya persaingan.Selain itu, masyarakat setempat juga akan mahir dalam bidang IT dan mahir jugadalam penggunaan komputer.Sehubungan dengan itu, dengan adanya cyber cafe ,ini akan menarik perhatian minat para pelajar dan masyarakat setempat untuk melayari Internet serta menggunakan komputer ,dengan ini akan dapat menambahkan ilmu pengetahuanlebih luas tentang dunia luar.



DASAR SYARIKAT
Cyber café  kami akan menyediakan perkhimatan melayari internet  dan game.Syarikat kami menyediakan program office,Norton antivirus, dan web browser explorer sertaMozila firefox bagi tujuan untuk pembelajaran dan pengetahuan kepada individu-individu setempat.Syarikat ini tertumpu kepada semua warga lapisan masyarakat ,tidakmengira usia muda atau tua .
( � h a � ( � .yang berhampiran membuat kerja mereka dengan menggunakan komputer.Jesteru dengan penggunaan IT masyarakat setempat dapat meluaskan pemikiran tentang dunia IT. Antara kebaikan wujudnya cyber digital adalah untuk mewujudkan persaingan antara semua cyber cafe yang terdapat di kuala Lumpur .Dengan ini Perniagaan akan maju dengan adanya persaingan.Selain itu, masyarakat setempat juga akan mahir dalam bidang IT dan mahir jugadalam penggunaan komputer.Sehubungan dengan itu, dengan adanya cyber cafe ,ini akan menarik perhatian minat para pelajar dan masyarakat setempat untuk melayari Internet serta menggunakan komputer ,dengan ini akan dapat menambahkan ilmu pengetahuanlebih luas tentang dunia luar.


Kos Oprerasi (Nilai barang sedia ada)


ITEM

KUANTITI

KOS SEUNIT

JUMLAH HARGA

KOMPUTER

63

Rm 700

Rm 44100

SERVER

1

Rm 700

Rm 700

FLAT SCREEN/LCD

65

Rm 350

Rm 22,750

PRINTER

1

Rm 200

Rm 200

MODEM

3

Rm 100

Rm 100

SWITCH

3

Rm 1220

Rm 3660













JUMLAH



Rm 71,510







KOS PERABOT DAN LAIN-LAIN (Nilai barang sedia ada)


ITEM


KUANTITI

KOS SEUNIT

JUMLAH HARGA

AIRCOND


5


RM 10,000

MEJA

63


RM 3000

KERUSI

63


RM 3000

RAK/MEJA KAUNTER

1


RM 500

JUMLAH



RM 16500


KIRAAN KOS OPERASI BULANAN

*SEWA KEDAI                          - RM 6,100/BULAN
*ELEKTRIK TNB                       - RM 1,500 KEBAWAH/BULAN
*BROADBAND/INTERNET       - RM 1,400/BULAN
* UPAH PEKERJA                     - RM 2,500/BULAN
*MAINTENANCE                     - 1,500/BULAN
 **JUMLAH KIRAAN - RM 13,000/BULAN




KOS KIRAAN TAHUNAN

*SEWA KEDAI - RM 6,100/BULAN  x  12                                =RM 73,200
*ELEKTRIK TNB - RM 1,500 KEBAWAH/BULAN x 12             = RM 18,000
*BROADBAND/INTERNET - RM 1,400 x 12                            = RM 16,800
*MAINTENANCE ANGGARAN - RM 1,500/SEBULAN x 12      = RM 18,000
* UPAH PEKERJA RM 2,500/BULAN x 12                                = RM 30,000
**JUMLAH KESELURUHAN = RM 156,000.00 (JUMLAH KOS OPERASI SETAHUN)


KIRAAN ANGGARAN KEUNTUNGAN:
40 orang x RM 1.50 (1JAM) = RM 60
Kedai mula dibuka 9.00 pagi –4 pagi = 18 jam
RM 60 X 18 JAM = RM 1080/sehari= 1 bulan 30 hari RM 600 x 30 =RM 32,400
 Kos operasi = RM 13000/ 1 bulan
RM 32,400 – RM 13,000 = RM 19,400/ 1 bulan Anggaran untung bersih
RM 19,400 x 12 = RM 232,800 (Kiraan Untung Tahunan)


**Modal pinjaman = RM 110,000

Untung setahun tolak modal
 RM 232,000– RM 110,000 =RM 122,800
Dalam masa setahun akan mendapat pulangan modal pinjaman bersama keuntungan sebanyak 55% dari keuntungan bersih syarikat.


PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan agar dapat bekerjasama untuk melabur dalam pembukaan projek  cyber café kami agar seluruh masyarakat dapat menikmati pengunaan Internet dan komputer,serta masyarakat dapat melhat tentang perkembangan dunia teknologi dan isu semasa tentang IT.Sekian terima kasih.



ini lah cara cara membuatnya tak berapa simple and tak berapa nak mudah ... hehe.

Isnin, 7 Mei 2012

Layani Anak Dengan Cara Terhormat

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak remaja, saya merasa amat sedih apabila mendengar berita remaja yang ditimpa masaalah mengambil keputusan membunuh diri. Saya amat berharap satu kajian yang mendalam diadakan. kenapakah perkara ini terjadi?
Apabila mengendalikan anak anak yang menunjuk kan tanda tanda tekanan atau ketegangan kita sebagai ibu bapa boleh lakukan perkara yang berikut:
Memupuk keyakinan pada diri mereka. Sekira nya anak anak tidak pandai dalam pelajaran ,katakan pada mereka banyak lagi peluang diluar sana untuk diterokai. Sebagai ibu bapa janganlah kita mengelirukan pemikiran mereka. Elakkan membuat janji janji manis sedangkan kita tahu kita tidak dapat menunaikannya dan ini akan membuatkan mereka tidak percaya kepada anda jangan membuat anak merasa kecil. Usah malukankan dan memperbetulkan sikap anak dihadapan orang lain, berbincang secara peribadi. Jangan sesekali kita berbincang dengan anak dalam keadaan yang tegang. Elakkan leteran pada anak anak. Ajar anak anak menghormati orang lain. Apabila anak bertanya tumpukan perhatian sepenuh nya dengan mendengar apa yang mereka katakan.
Dengan cara ini kita dapat memupuk perhubungan yang baik serta membimbing tanpa menggunakan kekerasan pada anak, didiklah dengan kasih sayang dan sematkan lah sikap bertanggung jawab supaya mereka tidak tersasar.

 
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips