Sabtu, 12 April 2014

jom beli tudung

Minat berniaga timbul kembali apabila melihat tudung tudung yang dijual dipasaran begitu mahal.
Chiffon full moon, pashmina dan lain lain harganya bermula dari rm15 murah kan. Nak beli sehelai boleh nak beli borong pun boleh jadi kita layan dulu gambar gambar nanti saya akan masukkan gambar tudung serta jenis kain dan ukuran nya.
jumpa lagi.

Ahad, 6 April 2014

Makan lagi

Bulat air kerana pembentung bulat manusia  kerana makan hihihi jangan tiru peribahasa aku. Semalam punya cerita lunch didapur penyet, makan nasi lepas tu pergi Ampang point jalan punya jalan singgah kedai baby nak beli barang takde pulak yang berkenan.
                                                                                  Singgah pula beli legging ditingkat satu lepas tu pusing lagi, bila lalu je nampak Paddington house of pancake, wah!!  dah ada rupanya disini.
Dengan penuh nafsu walau pun perut kenyang, aku tak peduli aku mesti makan jadi aku pun duduk dengan angah serta budak budak ni. Aku pun pesan tak la banyak konon konon kongsi makan. Bila makanan dah sampai aku pun makan dengan penuh semangat sampai terlupa badan aku dah kategori xl. Sedar sedar je dah habis tapi kan memang sedap la tak rugi duit. Kalau bagi yang suka pancake atau yang saja nak bagi tambah lemak  badan boleh la datang sini. Dah habis apa lagi bangun la sebelum balik aku singgah beli blouse dan mainan pastu terus balik rumah.

Khamis, 3 April 2014

Jalan Jalan keMelaka

Perjalanan dari Kl keMelaka hampir lima jam disebabkan jalan sesak, kalau tak disebabkan nak jumpa joi tak ingin aku merempuh kesesakan, bagai nak tercabut pinggang ni. Pukul 9.30 malam kami pun sampai. Joi dan isterinya su mengajak kami makan dimedan selera datang selalu. Macam biasa kami pun pesan nasi lemak dan minum air, joi pesan pula lempeng kelapa, rasanya pehhh sedap, 4 **** aku bagi, lempeng ni dalamnya ada isi kelapa dihidangkan dengan sambal tumis, kelapa parut dan gula. Aku suka makan dengan sambal, tak pernah lagi aku jumpa orang jual lempeng malam malam hari. Malam tu kami tido diWana riverside hotel. Esok tengah hari tu joi datang bawa kami kerumahnya.Kami makan nasi berlaukkan sambal sotong, sup sayur dan telor dadar.Terima kasih joi dan su sebab ajak makan. Lepas makan teringin pulak tekak nak minum coconut shake yg famous tu. Pergi je kesana ya allah punya la ramai manusia beratur terus tak jadi  kami pun pergi ke pantai Klebang, rehatkan diri, basahkan tekak tengok layang layang terbang.kami singgah tengok musuem kapal selam, seronok juga dapat naik kapal selam atas darat, dapat juga la belajar benda baru. Tiket dewasa rm1 bagi kanak kanak 50 sen sahaja.Dah tengok kapal selam kami jalan jalan tengah bandar macam macam ada, duit je takde. Dah sampai masa nak balik kami pun bersalam salaman dengan joi dan su.ok bye!!!!!!!!!

baju rm10


Baju rm10 dan keatas.
Ini lah baju dan palazo  murah yang aku beli dimasjid india dengan harga rm10.Kalau beli dimall harga nya rm20-30. Aku teruskan pencarian ku singgah pula dikedai Muaz. Wow disini banyak pilihan, macam macam design ada tapi harga disini bagi baju dari rm15 dan keatas. Seluar ada, tudung pun ada tapi takde saiz la pula baju yang aku nak.

Sampai dirumah aku buka facebook ada blouse yang aku suka diblouse dua puluh jer warna nya merah harga nya rm20 je.
Aku pun apa lagi terus la order.
Difacebook ada lagi kedai yang aku suka namanya L&Y fashion collection baju dan seluar nya cantik cantik dan yang paling penting harganya murah.kita boleh beli sehelai atau pun borong.

opps sorry lupa pula nama kedai baju rm10 tapi kalau korang nak beli pusing je la keliling masjid india tu mesti korang jumpa dan satu lagi korang google nama tempat aku sebut diatas tu kalau nak beli baju. Ok bye!!

Sabtu, 29 Mac 2014

Nikah

14.3.2014
Ketika mia nak nikah hari tu kami menyewa home stay diTiara condo yang terletak bersebelahan Ampang sport planet. Satu hari baru rm250. Cantik dan selesa rumahnya.

Majlis akad nikah diadakan pada 15.3.2014 pada pukul 2 petang dimasjid yang berhampiran Sri nilam. Hanya 100 orang tetamu sahaja dijemput hadir. Setiap tetamu dihadiahkan sehelai shawl sebagai buah tangan. Selesai akad nikah semua tetamu dijemput makan. Kepada yang mengenali  mia satu majlis makan akan diadakan pada bulan jun sila tunggu kad jemputan dari kami.

Kepada mia dan syazual kami ucapkan selamat pengantin baru.

Khamis, 27 Mac 2014

Jalan Jalan

Hari ini kami orang dah sepakat nak kesg.ular makan nasi dagang dirumah mak ayu maka pada pukul 12 tgh hari bertolak la kami kesana.

sampai kerumah mak ayu makanan dah terhidang, apa lagi kami pun makan la sambil bercerita. Bila perut dah kenyang kami pun beredar. Dari situ kami singgah dikebun tembikai. kami beli enam biji tembikai sambil dijamu buah percuma, tak puas makan rasanya amat manis dan sedap. Harganya rm20 sahaja mana nak dapat diKl harga ni dah la buahnya besar.

Dari kebun kami terus keCherating hmm dah tak cantik pantai nya tak macam dulu. Bila tekak dahaga kami singgah minum teh tarik dam makan ikan salut tepung, keropok dan macam macam lagi.

Jam dah pukul enam petang kami pun bergerak balik dan singgah pula keTelok Cempedak, jalan jalan cuci mata tengok baju baju harganya boleh tahan. Berapa lah sewa tempat ni, seronok tengok orang berniaga tapi modal kurang, berangan je la.

Masa untuk makan dah tiba kedai yang dituju hutan bandar bistro. Ada yang makan chicken chop ada yang makan fish and chip, kedai ni ala ala fast food nak beli makan kena beratur tu yang buat kita menyampah. Makan disini murah satu set baru rm 6.80 termasuk air tapi kami pesan air buah tak suka la air coke. Harga nya bagi 9 orang makan baru rm78 murah giler.

Hari pun dah malam badan pun letih kami pun balik. Itu sahaja perkongsian cerita hari ini. Assalamualaikum.

Selasa, 25 Mac 2014

Balik kampong

Cuti sekolah kali ini kami balik kampong diKuantan. Hajat dihati nak pergi Gambang Resort tetapi tak kesampaian jadi melepak je la dirumah.
          
Tengah hari perut dah mula lapar jadi kami lunch dinasi kukus mama. Lokasinya berhampiran hotel Sri manja Indera Mahkota. Tempatnya senang je nak cari nampak balai bomba masuk simpang sebelahnya nanti nampak la jalan kesana atau pun korang google hihihi.

Lepas makan kami pergi ecm jalan jalan, dengar kata daiso dah buka cawangan disini tapi tak sempat la nak singgah......
itu la aktiviti kami hari ni so bye bye!!!!!

 
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips