Khamis, 27 Mac 2014

Jalan Jalan

Hari ini kami orang dah sepakat nak kesg.ular makan nasi dagang dirumah mak ayu maka pada pukul 12 tgh hari bertolak la kami kesana.

sampai kerumah mak ayu makanan dah terhidang, apa lagi kami pun makan la sambil bercerita. Bila perut dah kenyang kami pun beredar. Dari situ kami singgah dikebun tembikai. kami beli enam biji tembikai sambil dijamu buah percuma, tak puas makan rasanya amat manis dan sedap. Harganya rm20 sahaja mana nak dapat diKl harga ni dah la buahnya besar.

Dari kebun kami terus keCherating hmm dah tak cantik pantai nya tak macam dulu. Bila tekak dahaga kami singgah minum teh tarik dam makan ikan salut tepung, keropok dan macam macam lagi.

Jam dah pukul enam petang kami pun bergerak balik dan singgah pula keTelok Cempedak, jalan jalan cuci mata tengok baju baju harganya boleh tahan. Berapa lah sewa tempat ni, seronok tengok orang berniaga tapi modal kurang, berangan je la.

Masa untuk makan dah tiba kedai yang dituju hutan bandar bistro. Ada yang makan chicken chop ada yang makan fish and chip, kedai ni ala ala fast food nak beli makan kena beratur tu yang buat kita menyampah. Makan disini murah satu set baru rm 6.80 termasuk air tapi kami pesan air buah tak suka la air coke. Harga nya bagi 9 orang makan baru rm78 murah giler.

Hari pun dah malam badan pun letih kami pun balik. Itu sahaja perkongsian cerita hari ini. Assalamualaikum.

feel like to share??

 
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips