Khamis, 3 April 2014

Jalan Jalan keMelaka

Perjalanan dari Kl keMelaka hampir lima jam disebabkan jalan sesak, kalau tak disebabkan nak jumpa joi tak ingin aku merempuh kesesakan, bagai nak tercabut pinggang ni. Pukul 9.30 malam kami pun sampai. Joi dan isterinya su mengajak kami makan dimedan selera datang selalu. Macam biasa kami pun pesan nasi lemak dan minum air, joi pesan pula lempeng kelapa, rasanya pehhh sedap, 4 **** aku bagi, lempeng ni dalamnya ada isi kelapa dihidangkan dengan sambal tumis, kelapa parut dan gula. Aku suka makan dengan sambal, tak pernah lagi aku jumpa orang jual lempeng malam malam hari. Malam tu kami tido diWana riverside hotel. Esok tengah hari tu joi datang bawa kami kerumahnya.Kami makan nasi berlaukkan sambal sotong, sup sayur dan telor dadar.Terima kasih joi dan su sebab ajak makan. Lepas makan teringin pulak tekak nak minum coconut shake yg famous tu. Pergi je kesana ya allah punya la ramai manusia beratur terus tak jadi  kami pun pergi ke pantai Klebang, rehatkan diri, basahkan tekak tengok layang layang terbang.kami singgah tengok musuem kapal selam, seronok juga dapat naik kapal selam atas darat, dapat juga la belajar benda baru. Tiket dewasa rm1 bagi kanak kanak 50 sen sahaja.Dah tengok kapal selam kami jalan jalan tengah bandar macam macam ada, duit je takde. Dah sampai masa nak balik kami pun bersalam salaman dengan joi dan su.ok bye!!!!!!!!!

feel like to share??

 
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips