Ahad, 6 April 2014

Makan lagi

Bulat air kerana pembentung bulat manusia  kerana makan hihihi jangan tiru peribahasa aku. Semalam punya cerita lunch didapur penyet, makan nasi lepas tu pergi Ampang point jalan punya jalan singgah kedai baby nak beli barang takde pulak yang berkenan.
                                                                                  Singgah pula beli legging ditingkat satu lepas tu pusing lagi, bila lalu je nampak Paddington house of pancake, wah!!  dah ada rupanya disini.
Dengan penuh nafsu walau pun perut kenyang, aku tak peduli aku mesti makan jadi aku pun duduk dengan angah serta budak budak ni. Aku pun pesan tak la banyak konon konon kongsi makan. Bila makanan dah sampai aku pun makan dengan penuh semangat sampai terlupa badan aku dah kategori xl. Sedar sedar je dah habis tapi kan memang sedap la tak rugi duit. Kalau bagi yang suka pancake atau yang saja nak bagi tambah lemak  badan boleh la datang sini. Dah habis apa lagi bangun la sebelum balik aku singgah beli blouse dan mainan pastu terus balik rumah.

feel like to share??

 
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips